
Ramai hadapi masalah membersihkan blender yang sering digunakan untuk mengisar kunyit. Kali ini, kami nak kongsikan cara hilangkan kesan kunyit pada blender dengan lebih berkesan.
Warna kuning kunyit yang melekat pada blender memang liat nak hilang. Walaupun sudah cuci berkali-kali, kesan kuningnya tetap ada sampai sekarang.
Jangan risau, ada trik yang anda boleh guna untuk bersihkan blender yang kuning bertahun-tahun itu. Paling penting, bahannya selamat dan mesra dapur. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!
CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BLENDER

Bahan-bahan:
- 3 sudu kecil sabun pencuci pinggan
- 3 sudu kecil serbuk asid lemon sitrik
- Air suam
Cara-caranya:
1. Mula-mula, tuangkan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas blender.
2. Selepas itu, masukkan serbuk asid lemon sitrik pula.
3. Kemudian, gosok bahagian dalam blender dengan campuran tadi menggunakan span lembut supaya tak calar.
4. Jangan lupa untuk cuci juga penutup dan bahagian lain yang terkena kesan kunyit.
5. Seterusnya, bilas dengan air suam untuk hilangkan kesan sabun.
6. Akhir sekali, lap sampai kering dengan menggunakan kain bersih.
Jika anda mempunyai kuali, senduk, sudu, periuk atau lain-lain yang mempunyai kesan kunyit, boleh gunakan cara yang sama juga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Rumah3Petak
Baca juga: Kuali Lama Hitam Berkerak? Cuba Cara Ini Guna 2 Bahan Saja, Terus Bersih Berkilat Macam Baru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














