
Orang dulu-dulu suka mengamalkan amalan semula jadi untuk jaga kesihatan seperti minum air daun durian belanda. Sejak dulu, ia sering digunakan dalam perubatan tradisional sebagai sokongan kesihatan.
Dalam perkongsian ini, kami himpunkan beberapa kegunaan daun durian belanda serta cara penyediaannya sebagai rujukan kepada yang berminat mencuba amalan semula jadi di rumah.
Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini
KHASIAT AIR REBUSAN DAUN DURIAN BELANDA

1. Mencegah dan mengubati kanser.
Antara manfaat popular daun durian belanda ialah membantu melawan sel kanser. Amalkan air rebusannya dua kali sehari sebagai ikhtiar semula jadi.
Caranya:
- Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
- Rebus bersama 3 gelas air.
- Biarkan mendidih sampai air tinggal 1 gelas sahaja.
2. Merawat sakit pinggang
Sakit pinggang sering dialami golongan dewasa dan warga emas. Oleh itu, anda boleh amalkan minum air rebusan daun durian belanda ¾ gelas sehari untuk membantu melegakannya.
Caranya:
- Ambil 20 helai daun durian belanda.
- Rebus dalam 5 gelas air.
- Biarkan sampai tinggal 3 gelas saja.
3. Menguatkan daya ketahanan tubuh
Sistem imun yang kuat penting untuk elak jangkitan dan air rebusan daun durian belanda boleh diamalkan sekali sehari, terutama waktu pagi, sebagai sokongan semula jadi.
Caranya:
- Ambil 5 helai daun durian belanda.
- Rebus bersama 4 gelas air.
- Biarkan mendidih hingga air tinggal 1 gelas.
4. Mengawal diabetis (kencing manis)
Daun durian belanda boleh diamalkan oleh pesakit diabetis sebagai minuman harian, namun sebaiknya rujuk doktor jika sedang mengambil ubat.
Caranya:
- Rebus daun durian belanda seperti biasa.
- Minum setiap hari secara konsisten sampai bacaan gula kembali terkawal.
5. Menurunkan tekanan darah tinggi
Air rebusan daun durian belanda boleh diamalkan sebagai ikhtiar membantu menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi darah tinggi.
Caranya:
- Ambil beberapa helai daun durian belanda.
- Rebus seperti biasa.
6. Mengatasi buasir
Buasir memang menyakitkan dan mengganggu rutin harian. Oleh itu, disarankan minum sekali sehari sebaiknya waktu malam sebelum tidur sampai buasir beransur pulih.
Caranya:
- Ambil 10 helai daun durian belanda tua.
- Rebus dalam 3 gelas air.
- Didihkan sampai tinggal 1 gelas saja.
7. Mengurangkan sakit urat atau saraf
Sakit urat dan saraf biasa dialami oleh mereka yang bekerja berat atau berumur. Amalkan minum dua kali sehari untuk bantu kurangkan rasa kebas dan sakit sendi.
Caranya:
- Ambil 10 helai daun durian belanda tua tetapi masih hijau pekat.
- Rebus bersama 2 gelas air sampai tinggal 1 gelas.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Petua Herba Channel
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














