
Pernah rasa badan lesu, mata asyik nak terlelap atau tak bertenaga nak buat kerja? Jika ya, mungkin ini masanya untuk cuba minum Air Asam Kunyit yang penuh dengan khasiatnya.
Air Asam Kunyit ini bukan sekadar menghilangkan sakit-sakit badan, tapi juga membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin, memberi tenaga dan banyak lagi.
Nak buat sendiri minuman ini di rumah, boleh ikut resipi oleh Ct Mazni di Facebook yang tak gunakan banyak modal, caranya mudah dan boleh diminum berulang kali.
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
RESIPI AIR ASAM KUNYIT

Bahan-bahan:
- ½ kg kunyit hidup (sagat atau kisar)
- Segenggam temu kunci (ketuk)
- ½ genggam asam jawa
- 1 biji gula melaka
- 4.5 liter air
- ⅓ sudu kecil garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sagat atau kisar kunyit hidup, ketuk temu kunci.
2. Selepas itu, didihkan air dalam periuk dan masukkan semua bahan.

3. Biarkan mendidih sampai sedikit pekat, kemudian tutup api.
4. Seterusnya, tapis dan simpan dalam bekas. Siap untuk digunakan.
Jika nak minum, anda hanya perlu panaskan semula dan minum ketika masih panas untuk rasa yang lebih segar. Setelah minum, anda akan rasa perubahannya nanti.
Antara khasiat yang terkandung dalam air asam kunyit ialah:
- Menghilangkan sakit-sakit badan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan lemak dalam badan
- Memberi tenaga dan kecergasan tubuh
- Membuang angin dalam badan
- Melancarkan darah haid & nifas
- Merawat masalah senggugut
- Menghilangkan bau badan
- Melawaskan pembuangan
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ct Mazni
Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














