Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan bersama nasi putih panas. Gabungan ayam goreng, rempah dan bawang goreng menghasilkan rasa yang cukup menyelerakan.
Keistimewaan resipi ini terletak pada penggunaan bawang besar yang digoreng sehingga keperangan sebelum dimasukkan semula ke dalam masakan. Bukan sahaja menambahkan rasa manis semula jadi, malah aroma bawang yang harum menjadikan lauk ini lebih istimewa.
Kuahnya pula menggunakan gabungan serbuk kari, serbuk cili dan beberapa jenis sos untuk menghasilkan rasa yang seimbang. Kalau suka lauk ayam yang berempah dengan kuah pekat dan bawang yang banyak, memang berbaloi untuk cuba resipi ini!
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Bali Ori, Rahsia Sambal Pekat Beraroma Bila Gabung 5 Bahan INI!
RESIPI AYAM MASAK BAWANG

Bahan-bahan:
- Ayam secukupnya
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- Rempah 3 sekawan
- Daun pandan
- Serbuk kari secukupnya
- Serbuk cili secukupnya
- Serbuk jintan manis secukupnya
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- Garam secukup rasa
- Kunyit secukupnya
- Bahan perasa secukupnya
- Minyak masak
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang telah dihiris sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
- Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit sehingga sebati. Goreng ayam sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumiskan rempah 3 sekawan bersama daun pandan dan bahan kisar yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih serta halia. Tumis sehingga masak dan naik bau.
- Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk jintan manis. Tambahkan sedikit air dan tumis sehingga rempah pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Perasakan dengan garam serta bahan perasa secukupnya. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya kuah rempah menyaluti keseluruhan ayam dan meresap ke dalamnya.
- Akhir sekali, taburkan bawang goreng yang telah diketepikan tadi. Gaul sebentar dan tutup api.
- Ayam masak bawang sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Tip: Kalau suka rasa bawang yang lebih menyerlah, boleh tambahkan lagi bawang besar yang digoreng. Bawang yang keperangan memberikan rasa manis dan aroma yang lebih harum pada masakan.
Sumber: Khairin Nisa Mizzarin
Baca juga: Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

