
Buat anda yang suka buat kek tapi tiada oven atau mixer di rumah, jangan risau kerana anda masih boleh hasilkan kek yang lembut, gebu dan sedap dengan resipi Kek Minyak Kukus ini.
Kek Minyak Kukus ialah sejenis kek yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama menggantikan mentega dan dimasak dengan cara kukus, bukan dibakar dalam oven.
Wan Ruzita Wan Deraman telah kongsikan resipi untuk buat kek ini di Facebook yang sangat mudah dan ringkas. Asalkan ada blender dan periuk pengukus, pasti hasilnya menjadi.
Baca juga: Tips Kek Marble Gebu & Tak Mendap, Guna Teknik Ini Hasil Terus Naik Cantik
RESIPI KEK MINYAK KUKUS

Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu pekat
- ½ cawan gula pasir
- 1 sudu kecil ovalette
- 5 biji telur (gred B)
- Esen vanilla
- 2 cawan tepung (diayak)
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar minyak, susu pekat, gula pasir, ovalette, telur dan esen vanilla dengan blender.
2. Setelah adunan menjadi putih, letakkan di dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian kaup balik sampai sebati.
4. Selepas itu, bahagikan adunan dalam beberapa bekas dan letakkan warna pilihan.
5. Seterusnya, selang-selikan warna adunan dalam loyang atau acuan sampai habis.
6. Akhir sekali, kukus selama 40 minit atau sampai kek masak. Siap untuk dinikmati!

Kek ini bukan saja mudah dibuat, malah ia merupakan satu pilihan terbaik untuk hasilkan kek homemade tanpa peralatan canggih. Jadi, tak perlu risau jika tiada mixer di rumah selepas ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Ruzita Wan Deraman
Baca juga: Kek Minyak Gebu Gebas Berwarna Warni, Kek Klasik Yang Popular Sejak Dulu Lagi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














