
Kek Marble merupakan sejenis kek klasik yang disukai ramai. Jika sering gagal semasa buat, anda boleh gunakan beberapa tips Kek Marble gebu ini dan pasti terkejut dengan hasilnya.
Tak semua orang dapat buat Kek Marble yang sempurna. Ada yang mendap, tak naik tinggi atau teksturnya terlalu padat. Sebenarnya, ada cara untuk dapatkan hasil menjadi.
Kami sangat tertarik dengan perkongsian Nuruhani Mohamed tentang tips Kek Marble gebu di Facebook dan hasilnya naik tinggi serta cantik. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Buat Kek Batik Lembut, Nak Potong Pun Senang, Tiada Lagi Keras Kematu!
TIPS KEK MARBLE GEBU DAN NAIK TINGGI

1. Pastikan guna telur yang segar.
Saya lebih suka guna telur yang dijual di kedai bakeri berbanding pasar raya. Saya sudah cuba gabungkan, tapi memang berbeza. Bukan saja kuning telurnya lebih cantik, malah tahan lama.
2. Adunan kena betul-betul kental atau kembang.

Saya pukul adunan guna hand mixer dengan kelajuan tinggi selama 6 hingga 7 minit sampai jadi seperti dalam gambar. Nak tahu betul-betul kental, apabila angkat, adunan tak jatuh. Saya sudah cuba 10 minit, tapi adunan jadi cair sebab terlebih pukul.
3. Kena kenal oven masing-masing dan bakar pada suhu yang sesuai.
Kek kena masak sepenuhnya, baru boleh naik tinggi. Biasanya, saya guna suhu 130ºC selama 70 atau 80 minit. Saya tak panaskan oven terlebih dahulu, tapi selalu cuba dan ralat bab membakar ini.
4. Lebih baik guna ovalette istimewa yang dijual di kedai bakeri.
Ovalette ialah bahan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk melembutkan kek. Jika ingin kek naik tinggi dua kali ganda, sebaiknya gunakan ovalette istimewa yang dijual di kedai bakeri agar hasilnya lebih menjadi.
Paling penting, anda perlu guna teknik yang betul dan bahan berkualiti supaya dapat hasil yang menjadi. Dengan sedikit latihan, anda pasti berjaya hasilkan Kek Marble yang cantik dan gebu.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nuruhani Mohamed
Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














