ayam bali

Resipi ayam bali ini pernah viral di Facebook. Jika anda mencubanya, pasti akan jatuh cinta dengan rasanya yang sangat sedap!

Bahan-bahannya mudah didapati dan penyediaannya pun tak mengambil masa lama. Jika anda ingin masak dalam jumlah yang sedikit, kurangkan bahan-bahan mengikut kuantiti yang dimahukan.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada penggunaan serai yang banyak dan daun kari yang wangi, menjadikan aromanya lebih memikat. Selain nasi putih, ia juga sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa lain.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!

RESEPI AYAM BALI

ayam bali

Bahan ayam goreng:

  • 4 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • Tepung gandum (untuk mencuci ayam)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sambal bali:

  • 10 batang serai (dititik hingga pecah)
  • 2 genggam daun kari
  • Cili kering (RM10 – dibersihkan, direbus dan dikisar)
  • 10 biji bawang besar*
  • 15 ulas bawang putih*
  • Belacan sebesar ibu jari*
  • 3 sudu besar garam (jika menggunakan kicap masin)
  • 2 senduk penuh gula (lebihkan jika guna kicap masin, kurangkan jika guna kicap lemak
  • manis)
  • Kicap (disarankan guna kicap Tamin, boleh juga guna jenama lain)
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus bersama cili kering.

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam dengan tepung gandum, bilas hingga bersih, kemudian gaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas, kemudian goreng ayam sehingga separa garing. Jangan terlalu garing supaya ayam kekal juicy. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng bahan utama: Dalam kuali yang sama, panaskan minyak dan goreng serai hingga benar-benar garing. Pastikan serai tidak mentah kerana ini boleh menjejaskan rasa sambal.
  3. Masukkan daun kari dan goreng hingga kering dan keperangan.
  4. Setelah daun kari garing, masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cili kering dan belacan). Tumis sehingga pecah minyak dan sambal berubah warna menjadi maroon yang cantik.
  5. Tambahkan garam, gula dan kicap secukup rasa. Jika menggunakan kicap lemak manis, lebihkan garam dan kurangkan gula. Kacau rata dan biarkan sambal masak hingga naik bau wangi.
  6. Setelah sambal cukup masak dan likat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya sambal meresap ke dalam ayam.
  7. Masak selama 10 minit dengan api sederhana, kacau sesekali supaya sambal melekat pada ayam dengan sekata.
  8. Hidangan ini lebih enak jika dibiarkan meresap selama beberapa jam atau semalaman. Jika dimakan keesokan harinya selepas dipanaskan semula, rasanya akan lebih padu!

Tip tambahan:

  • Sambal Bali yang sedap mempunyai warna maroon yang pekat, tidak terlalu gelap atau terlalu cerah.
  • Hidangan ini sangat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi impit, terutama pada pagi raya.
  • Pastikan serai dan daun kari benar-benar garing untuk mendapatkan rasa sambal yang lebih padu.

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Daun Kunyit, Rasa Pedas & Bau Harum Pasti Memikat Selera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN