resepi kuah kacang simple

Alangkah seronoknya pada Hari Raya jika dapat siapkan hidangan yang cepat dan mudah. Sudahkah anda tahu resepi Kuah Kacang simple untuk raya nanti?

Orang Melayu memang cukup sinonim dengan Kuah Kacang yang sering dimasak dalam perisa yang asli bersama kacang tanah yang digoreng.

Kuah Kacang sangat enak dinikmati bersama sate dan nasi impit, jadi tak hairanlah ramai yang jadikannya sebagai salah satu hidangan paling ringkas di Hari Raya.

Maklumlah persiapan Hari Raya begitu banyak, kadangkala sampai tak sempat buat semua.

Jika anda sedang fikirkan menu hidangan raya, cubalah resepi Kuah Kacang simple yang dikongsikan oleh Abdul Razak Abdul Rahim di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Kuah Kacang Berdaging. Cukup Rasa Masam, Masin, Manis Dan Pedas

RESEPI KUAH KACANG SIMPLE

resepi kuah kacang simple

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Kisar serai, halia, bawang besar dan cili kering, kemudian ketepikan.

2. Goreng kacang tanah dan kisar, kemudian ketepikan.

3. Tumis semua bahan kisar kecuali kacang goreng kisar, sehingga pecah minyak.

4. Masukkan asam jawa sedikit demi sedikit supaya tak masam sangat nanti.

5. Masukkan pula 2 cawan kacang goreng kisar, jika tak pekat, tambah lagi.

resepi kuah kacang simple

6. Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam secukup rasa. Kuah kacang lebih sedap jika manis.

7. Masukkan sedikit santan supaya lebih sedap dan kacau sehingga pecah minyak. Siap untuk dihidang!

Sesetengah orang suka masukkan udang kering, tapi itu terpulang pada citarasa masing-masing. Jika kuah pekat sangat, anda hanya perlu masukkan air lagi.

Resepi Kuah Kacang simple ini cukup sesuai digunakan oleh mereka yang nak cepat pada waktu raya.

Manalah tahu tiba-tiba ada tetamu nak datang ke rumah, bolehlah jamu mereka dengan Kuah Kacang bersama nasi impit.

Selamat mencuba!

Sumber: Abdul Razak Abdul Rahim

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Mudah, Tanpa Santan Pun Tetap Sedap & Berlemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN