cara simpan serai

Rupanya ada cara simpan serai tanpa perlu merendamnya ke dalam air. Teknik ini dikatakan boleh mengekalkan kesegaran serai sehingga berbulan lamanya!

Ramai yang menggunakan kaedah menyimpan serai yang direndam dalam air kan? Namun, jika direndam, serai akan cepat berlendir dan boleh bertahan selama 2 minggu sahaja.

Oleh itu, apa kata kita menggunakan teknik simpan serai yang lebih efektif seperti yang dikongsikan oleh Gee Azmi di bawah.

Baca juga: Cara Simpan Telur Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama, Jangan Letak Pada ‘Bahagian’ Ini

CARA SIMPAN SERAI TANPA RENDAM DALAM AIR

“Salam gais. Ramai mak-mak ada masalah nak simpan serai kan? Beli seikat, nak pakai sebatang dua saja. Pastu dah kering layu.

Ok ikut step saya ajar pada gambar ya. InsyaAllah serai elok tak layu sampai berbulan-bulan.

Simpan serai tanpa teknik rendam air ya. Sebab kalau teknik rendam itu, nanti serai berlendir dan kena tukar air 3 hari sekali.”

Cara-caranya:

1. Langkah pertama semestinya perlu ada serai.

2. Kupas dan buang kulit serai pada bahagian luar yang kering.

cara simpan serai

3. Potong bahagian atas serai anggaran panjang bekas untuk simpan serai nanti.

4. Potong lebih kurang sejengkal pun boleh.

5. Basuh serai dan lap sehingga karing.

6. Simpan serai di dalam beka plastik yang bertutup rapat.

7. Simpan di dalam peti ais bahagian chiller.

Sumber: Gee Azmi

Baca juga: Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN