10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Anda ada plan nak bercuti di Port Dickson tapi tak tahu nak cari kedai makan yang sedap? Haa sekarang anda tak perlu risau lagi.

Seperti yang kita tahu, Port Dickson memang sudah terkenal sebagai tempat percutian. Pantai di sini sering dipenuhi dengan pengunjung daripada luar. Jadi apabila berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk mecuba makan di tempat makan di sekitar Port Dickson.

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson:

1. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

 

Memang tak sah la kan kalau pergi ke pantai tapi tak singgah di restoran ikan bakar. Haa kalau anda inginkan ikan bakar yang fresh dan sedap anda wajib datang ke Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ini.

Ada berbagai jenis makanan laut yang segar yang disediakan. Kualitinya juga turut dipuji ramai orang. Antara menu yang ada ialah udang, sotong, ketam, lala dan banyak jenis ikan.

Alamat: Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

2. King’s Char Kuey Teow

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Kedai ini bukanlah kedai yang menjual Char Kuey Teow yang biasa tau. Keistimewaan kedai ini adalah mereka ada menyajikan banyak jenis lauk seperti kambing, sotong dan daging yang dihidangkan bersama Char Kuey Teow.

Ada juga mencadangkan untuk mencuba nasi goreng kampungnya. Ikan bakar dan makanan barat mereka juga sedap! Anda patut cuba makan di sini tau.

Alamat: 402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

3. Warung Salai

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Kalau anda teringinkan masakan daging salai. Anda wajib serbu ke tempat makan ini. Restoran ini memang terkenal dengan lauk salai yang sangat sedap. Antara yang boleh anda cuba ialah gulai ayam kampung salai, gulai daging salai, gulai perut salai, gulai keli salai dan banyak lagi. Dijamin sedaplah!

Alamat: Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Restoran Deen Kari Kepala Ikan

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Untuk peminat masakan rempah, Restoran Deen Kari Kepala Ikan mungkin menjadi tempat favourite anda. Restoran ini terletak di Jalan Lama Port Dickson.

Ramai yang datang ke sini untuk makan kari kepala ikan mereka ini. Lagi sedap jika dimakan dengan nasi kandar memang layan. Selain itu, di sini juga ada menjual banyak jenis roti canai.

Alamat: Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

5. PD “Famous” Cendol “Coconut Shake” “Power” RM2

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Jika anda sedang mencari tempat makan untuk duduk lepak pada waktu petang di PD, restoran PD “Famous” Cendol “Coconut Shake” “Power” RM2 ini lah tempatnya. Di sini memang terkenal dengan cendol dan coconut shake mereka. Selain itu, kedai ini juga menjual laksa, mee bandung, nasi ayam dan masak lemak.

Alamat: Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

6. Ayam Bakar Station Port Dickson

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Di sini memang terkenal dengan ayam bakar mereka yang sedan dan cukup rasa. Selain itu, mereka juga ada menyajikan kambing bakar tau fuhh meman terliur. Tapi anda jangan risau, kerana harga di kedai ini memang sangat berpatutan dan berbaloi lah untuk anda makan.

Alamat: 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa

7. Mient’s Burger

10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson

Inilah burger dan roti John versi Malaysia. Di sini ada dua pilihan iaitu ayam dan kambing. Tapi ramai yang menyarankan untuk anda cuba untuk merasai kedua-duanya kerana ianya sangat sedap. Harganya pula murah. Layanan di sini amat memuaskan dengan suasana restoran yang bersih dan selesa.

Alamat: 258, KM 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

Sumber: saji.my 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN