rendang ayam

Tak perlu tunggu raya kalau nak masak rendang. Bila-bila teringin boleh saja masak. Kalau nak tukar selera, boleh cuba buat rendang ayam style orang Perak ni pula.

Mudah saja cara membuatnya jika ikut resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera ini. Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 50 ribu shares di laman sosial Facebook.

Kalau ada yang nak cuba buat, lihat saja resipi langkah demi langkah di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Rendang Ayam Style Orang Perak

Cara-caranya:

1. Cuci bersih 2 ekor ayam.

2. Bahan-bahan kisar:

3. Masukkan semua bahan kisar dalam blender bersama sedikit air.

4. Kisar semua bahan tadi.

5. Letak ayam dalam kuali.

6. Tuang semua bahan kisar tadi.

7. Masukkan 2 sudu makan cili kering yang sudah siap dikisar.

8. Masukkan 3 keping asam keping.

9. Masak selama 20 minit.

10. Bila ayam dah masak begini, perlahankan api sekejap.

11. Masukkan kerisik. Pastikan kerisik tidak berbau hapak, nanti rendang ayam tak sedap.

12. Bila dah gaul sebati, masukkan 2 sudu makan gula.

13. Masukkan juga 1 sudu makan garam.

14. Gaul sebati garam dan gula. Kemudian masukkan santan. (200ml santan kotak atau 2 beg macam dalam gambar)

15. Bila dah nampak sedikit kering, masukkan 2 helai daun limau purut (buang urat tengah).

rendang ayam style orang Perak

16. Bila dah gaul sebati, taburkan hirisan daun kunyit yang dihiris nipis.

rendang ayam

17. Gaul sebati selama 10 minit menggunakan api perlahan.

rendang ayam

18. Siap! Selamat mencuba.

rendang ayam

Kredit: Ameera

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN