Wantan Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Peranakan
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Raikan musim Tahun Baru Cina dengan resipi Wantan Ayam mudah ni!


Bahan-bahan diperlukan:

  •  200g ayam cincang
  • 100g udang cincang
  • 2 sudu besar daun bawang (dihiris) 
  • 1 sudu kecil tepung jagung 
  • 1 sudu kecil sos ikan 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 1/2 sudu kecil lada putih 
  • Kulit wantan 
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul ayam, udang, daun bawang, tepung jagung, sos ikan, garam dan lada putih. 
  2. Letakkan 1 sudu kecil campuran isi ayam ke atas kulit wantan. 
  3. Sapu hujung kulit wantan dengan air. 
  4. Lipat dua menjadi segi tiga, kemudian satukan kesemua hujung dan simpulkan. 
  5. Goreng hingga keemasan. 
  6. Hidang dengan sos cili.

Leave a comment