menu diet

“Tak sedapnya menu diet, asyik makan sayur je..”

Itulah ungkapan sering kita luahkan apabila sedang diet. Hal ini kerana kita sudah ‘dimomokkan’ dengan kesemua makanan diet tidak sedap dan hanya perlu mengambil sayur-sayuran sebagai makanan harian.

Sebenarnya salah. Semua makanan boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang bersesuai dan kalori harian setiap individu. Jadi, tak salah pun nak makan makanan sedap seperti yang dilakukan oleh Nurul Ain Arbaai. Jom kita tengok 8 resepi berasaskan roti untuk anda cuba.

8 IDEA MENU DIET YANG BERASAKAN ROTI

Saya share kan antara idea menu beserta resepi yang boleh dibuat daripada roti.

Pelbagaikan menu sihat supaya tak bosan & diet happy-happy.

1. ROTI JOHN SIHAT

menu diet

Bahan-bahan:

  • Ayam kisar – 1 cawan
  • Telur – 2 biji
  • Bawang merah – 1/2 biji sederhana
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Cili – 2 biji
  • Serbuk cili – 1 sk
  • Serbuk kari – 1 sk
  • Garam bukit sedikit
  • Roti wholemeal
  • Cheese slice (beqa super slim)
  • Salad
  • Kubis
  • Timun
  • Sos cili (sedikit sahaja)
  • Mayonis (kewpie pink)

Cara-cara:

1. Masak ayam kisar dengan sedikit olive oil atau minyak biasa sehingga masak. Ketepikan.

2. Untuk filling, campurkan telur, bawang merah (dadu), bawang putih (dadu halus), cili, serbuk cili, serbuk kari, & garam bukit sedikit.

3. Tuang filling ke atas non stick pan seperti dalam video dan letakkan roti wholemeal. Ain celup dulu roti wholemeal dengan filling.

4. Terbalikkan dan tunggu sehingga keperangan.

5. Letak cheese, salad, kubis, timun. Boleh tukar dengan apa2 sayur kegemaran.

6. Letak sedikit sos cili & mayonis kewpie pink atau dressing kesukaaan. Siap!

2. PUDING ROTI COKLAT SIHAT

Bahan-bahan:

  • Roti wholemeal – 2 keping
  • Cocoa Peanut Butter @nutasty.my – 1 tbsp
  • Telur – 1 biji
  • Susu segar – 3/4 cup
  • Unsalted butter (melted) – 1 tbsp
  • Cinnamon powder – 1/2 tsp
  • Pure honey – 1 tbsp
  • Kismis secukupnya

Cara-cara:

1. Sapu cocoa peanut butter @nutasty.my antara roti dan potong roti saiz kecil.

2. Campur semua bahan (3-7).

3. Masukkan roti tadi ke dalam bancuhan 2. Biarkan dalam 20 minit sehingga roti kembang.

4. Masukkan kedalam bekas kecil (ramekin/aluminium, cupcake) dan tabur kismis sebagai topping.

5. Bakar menggunakan air fryer (suhu 180℃ selama 10 minit). Siap!

3. BANANA YOGURT TOAST

Bahan-bahan:

  • Roti wholemeal – 1 keping
  • Natural yogurt – 1 sb
  • Pure honey – 1 sb
  • Pisang – 1 biji (sederhana)

Cara-cara:

1. Sapukan natural yogurt ke atas roti.

2. Susun pisang yang sudah dipotong. Letak pure honey.

3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 4 minit atau sehingga crunchy dan pisang caramelized. Siap!

4. CUSTARD TOAST

Bahan-bahan:

  • Natural yogurt – 3 tbsp
  • Telur – 1 biji
  • Pure honey – 2 tbsp
  • Kurma – 3 biji
  • Cashew (optional)
  • Roti Canadian Purple Wheat

Cara-cara:

1. Untuk custard. Mix natural yogurt, telur & pure honey.

2. Tekan bahagian tengah roti dan tuang custard.

3. Letak kurma paste yang sudah dibuang biji dan direndam dengan sedikit air.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160℃ selama 7 minit.

5. Untuk campuran custard ni, boleh dapat untuk 3 keping roti. Selamat mencuba!

5. BREAD EGG TART

Bahan-bahan:

  • Roti wholemeal – 2 keping
  • Telur – 1 biji
  • Susu segar – 50ml
  • Pure honey – 1 tbsp
  • Esen vanilla – 1sk

Cara-cara:

1. Campur sebati bahan (2-5).

2. Masukkan roti wholemeal dalam bekas ramekin sebagai pastry.

3. Tuang bancuhan (1) ke dalam ramekin tadi.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 15 minit. Siap!

6. CUCUR ROTI SIHAT

Bahan-bahan:

  • Roti purple canadian – 1 keping (potong kecil)
  • Roti seeded multigrain Massimo – 1 keping (potong kecil)
  • Telur – 2 biji
  • Taugeh – segenggam
  • Salad – 2 helai
  • Carrot – 1/4 cawan
  • Daun kucai – 4 helai
  • Bawang merah (dadu) – 1/2 biji kecil
  • Chili flakes – 1/2 sk
  • Mixed herbs – 1/2 sk
  • Garam pink – 1/2 sk

Cara-cara:

1. Campur semua bahan. Tekan-tekan sikit supaya roti kembang (mudah dibentuk).

2. Bentukkan bulat seperti cucur. Masak menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 10 minit.

7. BREAD APPLE PIE

Bahan-bahan:

  • Apple merah – 1 biji
  • Cinnamon powder – 1 tbsp
  • Pure honey – 1 tbsp
  • Roti purple canadian – 2 keping

Cara-cara:

1. Untuk filling, buang kulit apple merah dan potong dadu.

2. Masukkan cinnamon powder & pure honey. Kacau sebati.

3. Masukkan filling ke dalam roti yang sudah dilenyekkan. Kelim roti menggunakan garpu. Boleh sapu sedikit telur kuning di atas roti.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 5 minit atau sehingga crunchy. Siap!

8. EGG & CHEESE SANDWICH

menu diet

Bahan-bahan:

  • Roti Massimo Barley – 2 keping
  • Lectuce
  • Carrot
  • Slice cheese Beqa Superslim – 1 slice
  • Telur – 2 biji
  • Fresh milk – -1/3 cup
  • Garam bukit sedikit
  • Chili flakes sedikit
  • Dressing : Sos cili & thousand island

Cara-cara:

1. Untuk scrambled egg, campur telur, fresh milk & sedikit garam bukit & chili flakes.

2. Masak menggunakan non stick pan tanpa minyak.

3. Susun roti dan bahan lain seperti dalam video atau ikut kreativiti masing-masing.

Kredit: Nurul Ain Arbaai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN