Udang Goreng Serai

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Goreng Serai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang (Saiz besar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 5 batang serai (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan udang. Potong bahagian yang tajam, basuh, dan tuskan. 
  2. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  4. Masukkan udang dan bawang besar. Kemudian kacau rata. 
  5. Apabila udang sudah berubah warna dan masak, tutupkan api. 
  6. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.

Leave a comment