suhun goreng

Pernah dengan suhun goreng? Rasa dia sama macam bihun goreng tapi kalini kita buat versi yang lebih sihat. Kalau anda sedang menetap di luar negara pun senang nak buat resipi ini.

Korang wajib gunakan suhun sebab bahan-bahan yang digunakan untuk buat suhun ini adalah berasaskan kacang dan tepung jagung.

Resipi Suhun Goreng Simple Dan Sihat

Bahan-bahan:

  • 250 g suhun
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 paket kecil rencah bihun adabi
  • 2 tsp cili boh
  • 1 tbs udang kering basuh dan rendam
  • Cili padi ikut kepedasan
  • Sayuran ikut suka
  • Udang
  • Telur 2-3 biji

Cara-cara:

  1. Blend ke semua bahan kecuali sayur, udang dan telur.
  2. Tumis bahan yang sudah diblend tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula sedikit.
  4. Masukkan kicap manis, sos tiram, udang dan sayuran.
  5. Kacau hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan suhun. Bila dah hampir masak boleh masukkan telur dan siap.

suhun goreng

Mudah je resipi ni. Yang penting berkhasiat tau. Nak jadikan bekal anak-anak pun boleh.

Kredit: Sara Saad

Baca juga:

Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN