Tomyam Ikan

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Tomyam Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan tenggiri 
  • 4 cawan air 
  • 5 biji cili api (Diketuk)
  • 1 inci lengkuas (Diketuk)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 8 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 3 sudu makan pes tomyam 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 3 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik kasar) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan air, cili api, lengkuas, serai, daun limau purut, pes 
    tomyam, bawang besar, dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan dan biarkan mendidih lagi. Padamkan api. 
  3. Masukkan tomato, jus limau nipis dan daun ketumbar. 
  4. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Leave a comment