jenis kuih banjar

Banyak jenis kuih Banjar yang boleh dipelajari dan ia sebahagian daripada warisan kebudayaan yang kaya di kalangan masyarakat Banjar. Kuih-kuih ini telah diwarisi dari generasi ke generasi, menawarkan pelbagai rasa, tekstur, dan aroma yang unik.

Kuih masyarakat Banjar juga memiliki beberapa keunikkan yang membuatnya istimewa dan membezakannya dari kuih-kuih tradisional lainnya.

Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya

Baru-baru ini, MyResipi bersama Tourism Malaysia Wilayah Selatan berpeluang ke Mersing dan berkampung selama 3 hari di Kampung Air Papan untuk belajar cara membuat tiga jenis kuih iaitu Kuih Balungan Hayam, Wadai Kepeng, serta Kuih Pupudak. 

Bagi anda yang masih ingin mengekalkan warisan kuih yang semakin pupus ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai jenis kuih Banjar ini.


RESIPI KUIH BANJAR

1. Kuih Balungan Hayam

kuih balungan hayam

Bahan untuk air gula:

  • 300gram gula merah
  • 1/2 cawan air panas

Bahan untuk inti:

  • 1 biji kelapa parut – ambil putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara buat inti:

Masukkan air gula ke dalam kelapa dan kacau sehingga sebati dan menjadi inti.

Bahan untuk kulit:

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil air kapur

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, uli bahan kulit hingga sebati sehingga menjadi doh. Ketepikan.

2. Kemudian, layukan daun pisang di atas api.

3. Sapukan minyak pada daun pisang kemudian ambil segumpal doh tadi dan ratakan di atas daun pisang dan letak inti kelapa.

4. Kemudian, lipat dua dan pastikan inti tidak terkeluar, kemudian gunting bahagian yang tidak perlu. Ulang perkara yang sama sehingga habis.

5. Kukus ia kira-kira 10 minit atau sehingga masak.

@myresipi

Pada zaman dahulu, kuih masyarakat Banjar ini melambangkan doa untuk nilai kehidupan yang aman damai , simbol warna hijau yang terbuat dari air pandan. Tatkala bulan Ramadan, baru dapat jumpa kuih ini di bazar. Mari kita cuba buat di rumah. #kuihbalunganhayam #kuihbanjar #tmws #cuticutimalaysia #jombalikkampung #mesmerizingmersing #masyarakatbanjar

♬ Satu – SM Salim & Zainal Abidin


2. Kuih Wadai Kepeng

wadai kepeng

Bahan buat doh: 

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Bahan buat kuah:

  • 400ml santan
  • Sedikit gula merah atau gula putih
  • 1/2 helai daun pandan yang disimpul
  • Sedikit garam

Cara buat doh:

1. Satukan kedua-dua tepung, air kapur, dan garam di dalam bekas adunan. Tuangkan air dan uli tepung sehingga menjadi doh.

2. Boleh letakkan pewarna pada sebahagian daripada doh.

3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Kemudian, leperkan doh tadi dan susun ke dalam bekas. Ulang sehingga doh habis.

4. Didihkan air dan masukkan doh yang telah siap dibentuk. Angkat doh selepas ia timbul ke permukaan.

Nota: Tujuan doh dimasukkan ke dalam air mendidih adalah untuk memastikan doh masak sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya nanti. Ia juga elok untuk mengekalkan bentuk doh.

Cara buat kuah:

Campurkan semua bahan dan masak sehingga gula larut dan mendidih sedikit. Sesuaiakan rasa manisnya ikut kesukaan masing-masing. Masukkan doh wadai kepeng yang sudah direbus dan kacau perlahan-lahan. Tidak perlu dimasak terlalu lama kerana doh sudah dimasak. Manisan wadai kepeng sedia dinikmati.

@myresipi

Wadai membawa maksud ‘kuih’. Manakala kepeng pula membawa maksud ‘benda yang ditekan’. Boleh dihidang sejuk dan boleh juga dihidang panas-panas. Kuih ini seakan kuih puteri mandi, kerana cara penyediaannya yang hampir sama. #kuihmuih #anekakuihtradisional #kuihbanjar #kuihbalunaganayam #kuihbalunganhayam #resepikuih #tourismmalaysia #tmws #jombalikkampung #homestaymersing #inilahmasanya #cuticutimalaysia #mesmerizingmersing #homestayairpapan

♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee


3. Kuih Pupudak

jenis kuih banjar pupudak

Bahan-bahan:

  • 5 cawan santan
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 3/4 atau 1/2 cawan gula
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 cawan jus pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Daun pisang

Cara penyediaan:

1. Layur atau salai daun pisang secukupnya. Kemudian basuh dan bersihkan. Ketepikan

2. Masukkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam, dan santan ke dalam mangkuk adunan.

3. Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan sedikit pewarna hijau.

4.Kacau adunan kemudian tapis.

5. Masak adunan ke dalam kuali dan kacau sehingga pekat dan likat.

6. Semasa proses memasak, hendaklah sentiasa kacau dan masak dengan api yang perlahan.

7. Apabila adunan sudah kental, tutup api dan kacau lagi adunan supaya tak berketul.

8. Lap daun pisang kemudian sapukan sedikit minyak dipermukaan daun tersebut.

9. Ambil adunan yang sesudu kemudian letak di atas daun pisang dan bulatkan.

10. Ikat dibahagian kedua-dua hujung daun. Kemudian, kukus selama 20 minit dengan api yang sederhana kuat.

@myresipi

Pupudak atau Tepung Torak ini, adalah kuih tradisional dalam masyarakat Banjar yang semakin sukar dijumpai kini. Walaupun pembuatannya agak rumit, namun kuih warisan ini tidak sepatutnya dibiarkan pupus begitu saja. Jom lihat cara-cara penyediaannya. #kuihmuih #anekakuihtradisional #kuihbanjar #kuihbalunaganayam #kuihbalunganhayam #resepikuih #tourismmalaysia #tmws #jombalikkampung #homestaymersing #inilahmasanya #cuticutimalaysia #mesmerizingmersing #homestayairpapan

♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf


Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN