Tok Aji Serban

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Tok Aji Serban?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Lapisan bawah)
  • 2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
  • 2½ cawan santan cair 
  • ½ sudu teh garam
Bahan B (Lapisan atas)
  • ½ cawan gula pasir 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan air panas 
    (Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • ½ cawan tepung gandum 
  • 3 biji telur 
  • ½ sudu teh garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang. 
  2. Kukuskan sehingga masak. 
  3. Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci. 
  4. Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula. 
  5. Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk. 
  6. Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan. 
  7. Kukus lagi selama 30 minit. 
  8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Leave a comment