resepi pisang goreng

Resepi pisang goreng salut gula merupakan sajian tradisi orang lama dulu-dulu. Cara membuatnya cukup ringkas tapi sangat lazat dan membuka selera.

Kalau dah selalu buat pisang goreng rangup, kali ini boleh cuba resipi ini pula. Tak perlu susah-susah bancuh adunan tepung untuk menggoreng.

Anda hanya perlu menggoreng pisang sehingga garing tetapi jangan sampai hangus, kemudian taburkan gula ke atas pisang tersebut.

Saudari Nur Aynee ada berkongsikan resipi pisang goreng salut gula yang dipelajari dari ibunya. Sesuai dijadikan hidangan untuk sarapan atau minum petang.

Baca juga: 5 Resipi Pisang Untuk Sarapan Pagi, Semuanya Sedap-Sedap & Mengenyangkan

RESEPI PISANG GORENG SALUT GULA

Bahan-bahan:

  • Pisang (boleh guna apa-apa jenis pisang yang disukai)
  • Gula pasir

Cara-cara:

1. Belah pisang kepada dua bahagian. Rendam seketika dengan air yang dilarut dengan garam.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga garing dan bertukar warna.

resepi pisang goreng

3. Apabila pisang sudah bertukar warna, angkat dan toskan minyak. Susun pisang di dalam pinggan.

4. Selepas itu, taburkan gula ke atas pisang yang telah digoreng tadi.

5. Sedia untuk dihidangkan bersama secawan teh o, selamat mencuba!

resepi pisang goreng

Kredit resipi dan gambar: Nur Aynee

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Getah Pisang/Nangka Pada Pisau, Tak Perlu Sental!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending