Talapia Masak Taucu Pedas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Talapia Masak Taucu Pedas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 cawan taucu 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 1 inci halia (Dihiris) 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 5 biji cili api (Ditumbuk kasar) 
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 6 biji bendi (Dihiris kasar) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 4 biji cili hijau (Dihiris kasar) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 sudu kecil gula 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan. 
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, dan cili api sehingga naik bau. 
  4. Masukkan air asam jawa, taucu, dan gula. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan bendi, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Kemudian kacau rata. 
  6. Tuangkan ke atas ikan dan sedia dihidangkan. 

Leave a comment