Sotong Goreng Tomyam

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sotong Goreng Tomyam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong 
  • 8 biji cili api 
  • 2 biji cili merah 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Semua cili api, cili merah, bawang merah & bawang putih ditumbuk bersama)
  • 3 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 labu bawang besar (Dimayang) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 3 sudu makan perahan limau nipis 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 tangkai daun ketumbar (Dipotong pendek) 
  • 2 sudu makan minyak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh sotong kemudian tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang 
    ditumbuk sehingga wangi. 
  3. Masukkan sotong kemudian gaulkan rata. Gunakan api perlahan. 
  4. Masukkan garam, daun limau purut, serai dan bawang besar. 
    Tutup api. 
  5. Masukkan tomato, perahan limau nipis dan cili merah. Kemudian 
    kacau rata. 
  6. Angkat dan taburkan daun ketumbar.

Leave a comment