Siput Mia

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi olahan sendiri


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500gm tepung gandum
  • 250gm santan
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan mentega
  • 5 helai daun sup-dihiris halus
  • 7 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 sudu makan knorr pasti sedap
  • 3 sudu makan serbuk cili (jika suka pedas)
  • minyak untuk menggoreng
  • bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campur bawang tumbuk,tepung,mentega,daun sup,telur,serbuk cili(jika suka) dan knorr pasti sedap di dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan santan dan uli hingga lembut dan menjadi doh.
  3. Tekan secara melintang diatas acuan kuih siput.Ataupun tekan seperti biasa seperti membuat kuih siput.Buat sampai habis.
  4. Goreng di dalam minyak panas hingga masak.
  5. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan.

Leave a comment