Sambal Tempe Goreng

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Sambal Tempe ni makan dengan nasi panas-panas, fuh memang terangkat!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 blok tempe 
  • 2 sudu besar cili giling 
  • 2 sudu besar bawang besar kisar
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu besar kacang goreng
  • ½ sudu besar ikan bilis goreng
  • ½ sudu kecil gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Keluarkan tempe dari kuali. 
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga garing. 
  3. Masukkan garam dan gula; gaul. 
  4. Masukkan tempe, kacang goreng dan ikan bilis goreng; gaul. 
  5. Hidang!

Leave a comment