Sambal Ikan Keli

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Ikan Keli?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 - 3 ekor ikan keli 
  • 10 tangkai cili kering    
  • 5 biji cili api      
  • 10 biji bawang merah   
  • 3 ulas bawang putih   
  • ( Cili kering, cili api, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 7 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu teh gula 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan keli, basuh dan tuskan. 
  2. Kelarkan ikan keli kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. 
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan keli sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  4. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  5. Masukkan jus limau kesturi, gula dan garam. Kemudian kacau rata. 
  6. Masukkan ikan dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Leave a comment