Salad Telur

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Telur?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 4 biji telur rebus 
  • 1 batang timun 
  • 3 biji tomato 
  • 1 pokok salad hijau
Bahan B  (Sos)
  • ½ cawan sos tomato 
  • ½ cawan sos cili 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 1 biji limau kesturi  (Diambil perahannya)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit telur rebus dan hiris kasar. 
  2. Hiriskan timun dan tomato kemudian bersihkan salad. 
  3. Bagi membuat sos, bancuh semua bahan B. 
  4. Susunkan bahan A di atas pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment