Salad Ayam

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g isi ayam (Dibuang kulit) 
  • 300 g kentang 
  • 2 biji tomato (Dibelah 8) 
  • 1 biji salad bulat (Dipotong kecil) 
  • 1 biji capsicum hijau (Dihiris) 
  • 1 sudu makan jus lemon 
  • 2 sudu makan mentega 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit kentang kemudian potong dadu. Rebuskan selama 5 
    minit. Tuskan. 
  2. Panaskan mentega di dalam kuali non-stick dan gorengkan kentang 
    selama 6-7 minit. Angkat dan tuskan. 
  3. Lumurkan ayam dengan sedikit garam kemudian goreng sehingga 
    isi ayam agak garing. Angkat dan tuskan. 
  4. Hiriskan isi ayam dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
  5. Tuangkan kentang kemudian masukkan semua bahan ke dalam 
    mangkuk berisi ayam dan gaul rata.

Leave a comment