Qasidah

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Qasidah?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 5 cawan air 
  • 1 cawan gula 
  • 4 sudu makan minyak sapi 
  • 10 biji bawang merah 
  • 1 cawan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kacau rata tepung gandum, air, dan gula di dalam mangkuk. Tapiskan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan 3 sudu makan minyak sapi dan kacau di atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 
  3. Ambil adunan dan masukkan ke dalam pam semperit bunga cina, kemudian pamkan ke dalam loyang. 
  4. Mayangkan bawang merah nipis-nipis dan basuh. Kemudian tuskan sehingga kering. 
  5. Panaskan minyak masak dan baki minyak sapi tadi. Goreng bawang sehingga garing. 
  6. Taburkan bawang goreng di atas adunan di dalam loyang dengan sedikit minyak gorengan bawang tadi. Sedia dihidangkan.

Leave a comment