Pindang Pucuk Ubi

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Pindang Pucuk Ubi?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 ikat pucuk ubi muda 
  • 2 cawan air 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris kasar)
  • 2 biji cili merah (dihiris kasar)
  • 7 biji cili api (diketuk) 
  • 7 biji bawang merah 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sambal)
  • 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) 
  • 5 biji cili api 
  • 5 biji cili merah 
  • ½ cawan air 
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan daun pucuk ubi dari batangnya. Basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan air bersama daun kunyit, cili merah, cili api, bawang merah, dan garam sehingga mendidih. 
  3. Masukkan pucuk ubi dan masakkan lagi sehingga mendidih dan lembut. 
  4. Tumbuk semua bahan B kecuali jus limau. 
  5. Gaul rata bahan tumbuk, jus limau, dan garam. 
  6. Hidangkan bersama pucuk ubi tadi.

Leave a comment