PERBEZAAN LIMAU NIPIS & LIMAU KASTURI

Kebiasaanya kita ada gunakan dua jenis limau dalam masakan. Tapi mesti ramai di antara kita tidak dapat membezakan antara kedua dua limau ni. Jadi kami akan kongsikan tips untuk cam limau limau ini!

 

LIMAU KASTURI

Saiz limau kasturi sedikit kecil berbanding limau nipis. Ianya juga berbentuk bulat & berwarna sedikit hijau kekuningan. Buahnya juga senang untuk diperah jusnya kerana ianya lebih lembut dari limau nipis. Ianya lebih manis daripada limau nipis. Jus dari limau kasturi berwarna hijau kekuningan. 

Kebiasaannya kita gunakan limau kasturi untuk membuat air limau asam boi dan juga digunakan untuk sambal belacan. 

LIMAU NIPIS

Saiz limau nipis agak besar berbanding limau kasturi & kulitnya agak nipis. Ianya berwarna hijau cerah. Limau nipis kebiasaanya digunakan untuk membuat air, tidak sama seperti limau kasturi yang boleh digunakan dalam masakan. 

Warna jus limau nipis berwarna hijau cerah ataupun jernih & kulitnya licin seperti limau kasturi. 

Tags:

Mesti ramai di antara anda yang tak tahu apa beza buah limau kasturi & juga buah limau nipis. Klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Leave a comment