Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Perut & Nanas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg perut lembu (dihiris kecil) 
  • 1 inci halia (diketuk) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ biji nanas 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 15 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • ½ cawan air 
    (Kunyit hidup, cili api, bawang merah dikisar bersama air)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris kasar) 
  • 2 cawan santan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan perut dengan halia, asam gelugur, dan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan. 
  2. Buangkan kulit nanas dan potong kecil. 
  3. Masukkan perut, nanas, bahan yang dikisar, daun kunyit, dan garam ke dalam periuk. 
  4. Masak sehingga airnya hampir kering. Masukkan santan. 
  5. Masakkan sambil sentiasa mengacau sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Leave a comment