Kuih Lapis Jagung

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kuih Lapis Jagung?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu makan tepung beras 
  • 2 sudu makan tepung kastard 
  • ¾ cawan gula pasir 
  • 4 cawan santan 
  • ½ sudu teh garam
Bahan B (Dikisar)
  • ½ cawan jagung 
  • ½ cawan air
Bahan C (Dibancuh dan ditapis)
  • 1 sudu makan serbuk koko 
  • ½ cawan air suam   

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. 
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
  3. Masukkan bahan B ke dalam satu adunan dan bahan C dalam satu adunan lagi. 
  4. Panaskan periuk kukusan dan sapukan minyak di dalam loyang. 
  5. Masukkan satu senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit. 
  6. Lapiskan satu senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit. 
  7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang-seli sehingga bancuhan adunan habis.

Leave a comment