Kimchi Emergency

Kategori: Asian, Masakan Korea
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi kawan. Dah buat terus dapat order dari penggemar kimchi :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji kobis cina panjang (yang besar,belah 4 & potong panjang 2 inci)
  • 1/2 cawan garam.
  • 1 cawan serbuk cili (saya guna babas je)
  • 1/2@1 cawan kicap ikan (hati2 jangan tuang semua sekali sbb masin)
  • 4@5 sudu besar gula
  • 4@5 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 batang carrot (potong saiz batang mancis)
  • 3 batang daun bawang cina besar (potong serong)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan kobis dalam besen. Tabur garam 1/2 cwn, biarkan 20-30min. Balik2kan setiap 10 min. Bila air kubis dah habis keluar, basuh bersih dengan air dan toskan kubis. Untuk Pes: Gaul serbuk cili, kicap ikan,gula, bawang putih,carot,daun bawang sampai rata. <span class="xz6eke" id="xz6eke_1" style="height: 12px;">Air</span> carot akan keluar dan pes akan terbentuk
  2. Rasa pes, mesti cukup masin, manis & pedas. Jika tak cukup tambah sesedap rasa.
  3. Bila dah ok, campur kobis yang telah dicuci & ditos. Masuk dalam bekas & padatkan. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Boleh makan terus jika nak. Boleh letak sedikit diluar jika nak cepat jadikan jeruk. Tahan lama simpan dalam peti ais.
  5. Katanya kimci ni elok dimakan untuk kesihatan usus kerana ada bakteria baik terbentuk semasa dijeruk.

Leave a comment