Kerabu Tomato

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Tomato?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 4 biji buah tomato 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 200g udang segar 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jus) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Belah dua bunga kantan dan hiris halus. 
  2. Hiris kecil tomato, bawang besar, cili api, cili merah, dan cili hijau. 
  3. Buangkan kulit udang kemudian masakkan dengan sedikit air. Angkat dan tuskan. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment