Kerabu Terung Telunjuk

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Terung Telunjuk?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 15 biji terung telunjuk 
  • 1 biji cili merah 
  • 8 biji cili api 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • Sedikit belacan
  • (Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • ½ cawan pati santan 
  • 4 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua. 
  2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk. 
  3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata. 
  4. Sedia dihidangkan.

Leave a comment