Kerabu Kacang Kelisa

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Kacang Kelisa?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g kacang kelisa 
  • 1 cawan kelapa parut 
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris halus)      
  • 2 sudu makan  udang kering 
  • 4 biji cili merah                    
  • 1 sudu teh belacan 
  • (Udang kering, cili merah dan belacan dikisar bersama)             
  • 2 sudu makan jus limau kesturi 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Hiris halus kacang kelisa. 
  2. Gorengkan kelapa parut tanpa minyak sehingga kekuningan. 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati.
  4. Sedia dihidangkan.

Leave a comment