Kelio Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kelio Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 8 ketul ayam (Dibuang kulit) 
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 tangkai cili kering 
  • 5 biji cili api 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 batang serai 
  • 3 biji buah keras 
  • (Bawang merah, bawang putih, cili kering, cili api, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai dan buah keras dikisar bersama)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 sudu makan minyak masak 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam dan tus sehingga kering. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
  3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak. 
  4. Masukkan santan pekat, garam, asam gelugur, dan daun limau purut. 
  5. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment