Kari Kambing

Kategori: Nusantara, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Kambing?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg daging kambing 
  • 8 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih    
  • 2 inci halia                  
  • 3 tangkai daun kari 
  • 5 sudu makan serbuk kari 
  • 5 biji kentang (Dipotong 6) 
  • 4 cawan santan 
  • 2 sudu makan kerisik (Dibancuh dengan air) 
  • 1 cawan air 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh daging dan tuskan.  
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan agak garing. 
  3. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan daging dan kacau rata. 
  5. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut. 
  6. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.
  7.  Biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat
  8. Sedia dihidangkan

Leave a comment