resepi buko pandan

Resepi buko pandan ini memang wajib cuba sekali seumur hidup. Teksturnya yang berkrim dan lemak manis pasti memikat hati anda semua.

Buko pandan ini berasal dari Filipina. ‘Buko’ bermaksud kelapa. Sebab itu jika anda perasan, buko pandan wajib ada kelapa di dalamnya.

Tetapi pencuci mulut ini hanya mampu bertahan selama 2 atau 3 hari kerana ia mudah basi dan tidak tahan lama kerana faktor air kelapa dan kelapa yang digunakan serta penggunaan bahan tenusu dalam hidangan ini.

Baca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

RESEPI BUKO PANDAN

Bahan-bahan agar-agar:

  • 10 gram agar-agar serbuk warna hijau
  • 1 liter air
  • 200 gram gula

Bahan-bahan buko pandan:

  • 2 tin susu cair bersamaan :780 gram)
  • 1 tin susu pekat bersamaan : 480 gram (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 setengah cawan dairy whipping cream ( 375 gram)
  • Secubit garam
  • Isi 1 biji kelapa
  • Sumi

Cara-cara buat agar-agar:

1. Dalam periuk, masukkan 10 gram serbuk agar-agar warna hijau bersama 1 liter serta 200 gram gula. Masukkan juga daun pandan yang sudah disimpulkan. Jika menggunakan agar-agar yang tiada warna atau agar-agar tali, masukkan pewarna hijau pandan.

2. Kacau sebati sehingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci.

3. Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik, tak perlu letak dalam peti ais. Renjiskan sedikit air pada loyang supaya senang nak keluarkan agar-agar nanti.

Cara-cara buat buko pandan:

1. Dalam periuk, masukkan 2 tin susu cair, 1 tin susu pekat dan secubit garam. Panaskan semua bahan ini menggunakan api yang perlahan.

2. Kacau sebati dalam 5 hingga 6 minit. Kemudian tutup api, biarkan campuran susu tadi sejuk dalam 10 minit.

3. Dalam bekas lain, beat (pukul) dairy whipping cream dalam 3 hingga 4 minit menggunakan kelajuan paling tinggi. Beat bukan sampai kental ya, cukup sekadar keluar buih-buih dia sahaja. (Ini yang menyebabkan tekstur buko menjadi pekat)

4. Masukkan whipping cream yang diputar tadi ke dalam susu yang telah dipanaskan tadi. Kacau sebati dan masukkan bahan-bahan lain (isi kepala, agar-agar hijau tadi dan sumi).

5. Titikkan setitik atau dua titik pewarna hijau, kacau sebati.

resepi buko pandan

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sejukkan terlebih dahulu dalam dua jam supaya lebih sedap.

resepi buko pandan

Kredit: Muhammad Ali

Baca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN