Kacang Pool

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kacang Pool?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 400 gram daging kisar 
  • 10 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
    (Bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kurma 
  • 1 sudu makan rempah kari daging 
  • 1 tin kacang pool (kacang parang dalam tin) 
  • 1 cawan air 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cawan minyak masak

Bahan B (Hiasan)
  • 4 biji cili hijau (Dihiris) 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 4 keping roti (Dibakar) 
  • 4 biji telur (Digoreng) 
  • 4 biji limau kasturi 
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Leraikan daging kisar dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan rempah kurma dan rempah kari daging. Kacau lagi dan masakkan sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan daging dan kacau rata supaya daging lerai. 
  5. Masukkan kacang pool, air, dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
  6. Hidangkan dengan bahan hiasan.

Leave a comment