Tom Kha Gai

Tom Kha Gai ialah sejenis hidangan sup yang berasal dari Thailand. Hidangan ini terkenal dengan rasa pedas, masam dan kaya, dan sering dihidangkan sebagai pembuka selera atau hidangan utama. “Tom Kha Gai” boleh diterjemahkan sebagai “sup ayam dengan santan.”

Sup ini biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti potongan ayam, santan santan, halia, daun limau purut, serai, cendawan, dan rempah ratus seperti cili merah, gula, dan sos ikan.

Baca juga: Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani Style Thailand Yang Boleh Dicuba

Rasa pedas berasal dari cili merah, manakala rasa masam disediakan oleh air limau nipis. Hidangan ini mempunyai rasa pedas, masam dan pedas yang seimbang berkat gabungan bahan-bahan ini.

Tom Kha Gai merupakan hidangan sup yang sangat popular di Thailand dan juga digemari di luar negara kerana gabungan rasa yang unik dan lazat. Selalunya dihidangkan bersama nasi putih.


RESIPI TOM KHA GAI CARA SIMPLE

Tom Kha Gai

Bahan-bahan:

  • 2-3 cawan air (tambah lebih kalau nak kuah banyak)
  • Dada ayam & udang (optional)
  • 4 batang serai (hiris kasar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 keping hirisan halia
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • ½ biji bawang besar (hiris)
  • 6 ulas cili padi (hiris)
  • 4 pokok ketumbar (hiris, ambil akar)
  • ½ cawan pati santan segar
  • 3 biji jus limau nipis
  • 3 tbsp sos ikan
  • Garam

Cara-cara memasak:

1. Masukkan air dalam periuk, campurkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili, akar ketumbar, lengkuas. Biarkan mendidih.

2. Masukkan hirisan dada ayam dan udang. Nak letak bahan lain atau ikan pun boleh.

3. Tambah sos ikan, jus limau nipis, daun limau purut dan garam.

4. Masukkan santan. Kacau seketika 2-3 minit dan masukkan tomato, cendawan & hirisan daun ketumbar. Siap!

Tom Kha Gai

Nota tambahan:

  • Kalau suka lebih masam, tambah perahan limau nipis.
  • Pilihan terbaik guna santan segar, barulah ada aroma. Kalau santan kotak, boleh juga tapi tak wangi & sedap macam santan segar.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mei Lina

Baca juga: Ikan Siakap Masak Kesom Ala Thai, Sedap Hirup Kuah Guna RESIPI Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN