Ikan Masin Tumis Asam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Masin Tumis Asam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan masin talang (Dipotong kecil) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
    (Semua bawang besar, bawang merah, cili kering, cili hijau, cili merah dihiris)
  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris) 
  • ½ cawan jus asam jawa 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam ikan masin selama 30 minit. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak dan 
    gorengkan ikan masin sehingga 
    masak. Angkat dan ketepikan. 
  3. Asingkan separuh minyak masak 
    dan tumiskan bahan yang dihiris 
    sehingga wangi. Kacau sehingga 
    sebati. 
  4. Masukkan jus asam jawa dan gula. 
    Biarkan mendidih. 
  5.  Masukkan ikan masin dan bunga 
    kantan. Gaul sebati

Leave a comment