Ikan Kung Pao

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Simple sangat nak buat Ikan Kung Pao ni. Jom buat!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan:
- 300g fillet ikan Dory (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 10 keping cili kering 
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- Daun bawang
- Garam secukup rasa
- Minyak


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan cili kering.
2. Masukkan fillet ikan Dory, minyak bijan, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Gaul.
3. Masukkan bawang merah dan daun bawang. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul.
4. Setelah ikan sudah masak, tutup api.
5. Ikan Kung Pao sudah siap!


Leave a comment