Ikan Keli Goreng Berlada

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Goreng Berlada?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan keli 
  • Sedikit serbuk kunyit 
  • 5 biji cili merah 
  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 biji bawang merah
    ( Semua cili merah, cili api, bawang putih & bawang merah dikisar kasar)
  • 2 sudu makan jus limau kesturi 
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris halus) 
  • 1 cawan minyak masak 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan keli kemudian kelar rapat-rapat. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga agak garing. 
    Ketepikan. 
  3. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar kasar 
    sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan jus limau, bunga kantan, gula, dan garam. Kacau 
    rata. 
  5. Tuangkan ke atas ikan keli goreng tadi.

Leave a comment