Mudah je rupanya nak jaga kalori ketika sarapan. Hanya makan oats sahaja.
Selalunya kita tengok individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka.
Namun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang.
Baca juga: Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang ‘Jenis’ Ini Baru Lagi Sihat
Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.
Jom kita cuba menu sarapan ini!
Bahan-bahan:
- Rolled oats
- Natural yogurt
- Susu segar
- Kekacang
- Madu asli
- Buah-buahan
- Bekas berpenutup (Boleh beli di kedai RM2)
Cara-cara membuatnya:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats.
2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis.
3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt.
4. Letakkan sedikit madu asli.
5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan.
6. Tuangkan susu segar sehingga buah tenggelam dan siap untuk dimakan.
Semoga misi untuk kurus berjaya dan konsisten. Selamat mencuba.