Ikan Bakar Sambal Pudina

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Sambal Pudina?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 5 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 2 tangkai serai 
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Semua cili merah, cili api, serai, bawang besar, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 2 sudu makan pati asam jawa 
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan daun pudina 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2) 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Aluminium foil secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan, kemudian kelar. Basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar 
    sehingga pecah minyak dan wangi. 
  3. Masukkan pati asam jawa dan air. Masakkan sehingga mendidih. 
  4. Masukkan daun pudina dan garam. Masakkan sehingga pekat dan 
    pecah minyak. 
  5. Alaskan daun pisang di atas aluminium foil kemudian letakkan 
    sambal. 
  6. Letakkan ikan di atas sambal dan taburkan sambal lagi di atas ikan. 
    Bungkus dengan kemas. 
  7. Bakar ikan di atas kuali non-stick selama 15 minit. 
  8. Hidangkan bersama limau.

Leave a comment