Gulai Pedas Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Gulai Pedas Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
    (Bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam 
  • 2 cawan air 
  • 2 biji kentang (dibelah 4) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 10 biji cili api (dibuang tangkai

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buang kulit ayam dan potong sederhana besar. Basuh dan tuskan.  
  2. Panaskan minyak masak. Tumis serai, cili kisar, bahan yang dikisar, dan rempah kari ayam sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan air, ayam, kentang, asam gelugur, daun kunyit, dan garam. 
  4. Masak sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Masukkan santan dan cili api. Masak lagi sehingga mendidih. Hidangkan.

Leave a comment