Dodol Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Dodol Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan gula pasir 
  • ½ cawan gula merah 
  • 1 cawan air 
  • 3 helai daun pandan 
  • 3 cawan tepung pulut 
  • 2 cawan santan pekat 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan gula pasir, gula merah, air, dan daun pandan sehingga mendidih. Tapis dan sejukkan. 
  2. Gaulkan tepung pulut, santan pekat, dan sedikit garam sehingga sebati. 
  3. Tapiskan bancuhan tepung pulut dan santan ke dalam kuali non-stick. 
  4. Masukkan air gula merah. Kacau rata. 
  5. Masakkan sehingga kental menggunakan api sederhana sambil sentiasa mengacau tanpa henti bagi mengelakkan hangus. 
  6. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Leave a comment