Cucur Jagung

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Cucur Jagung?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 tongkol jagung (Diambil isinya) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji cili merah 
  • ( Bawang besar dan cili merah dikisar bersama)
  • 200 g udang (Dibuang kulit) 
  • 1 biji telur 
  • Sedikit daun kucai  (Dipotong pendek) 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 cawan air suam 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaukan semua bahan kecuali minyak masak di dalam mangkuk besar sehingga sebati. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali masukkan adunan ke dalam kuali sedikit demi sedikit menggunakan sudu. 
  3. Gorengkan sehingga kuning keemasan. 
  4. Angkat dan tuskan minyak. 
  5. Hidangkan bersama sos cili.

Leave a comment