Cendawan Goreng dengan Kari Mayo

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Masa penyediaan lebih kurang 10 minit dan jangkaan masa memasak pula cuma 20 minit.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300g cendawan King Oyster yang segar, potong menjadi kepingan tebal
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 cawan minyak untuk menggoreng cendawan agar ia rangup

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Perap cendawan dengan garam dan lada putih
  2. Salut cendawan menggunakan tepung jagung dan goreng sehingga kelihatan garing dan coklat kekuningan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang telah siap dihiris sehingga aromanya dapat dihidu. Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Kurangkan api lalu masukkan mayonis dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan cendawan ke dalam campuran mayonis, kacau perlahan-lahan untuk menyalut cendawan tadi. Siap untuk dihidang.

Leave a comment