Bubur Som Som

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Som Som?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1½ cawan tepung beras 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • 3 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • ½ sudu teh garam
Bahan B (Air Gula)
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 2 cawan air 
  • 2 helai daun pandan (Diikat dan disimpulkan)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan air di dalam pengukus. 
  2. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian sejukkan. 
  3. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan dalam periuk ataupun kuali non-stick. 
  4. Masakkan adunan bahan A sekadar naik wap dan tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak. 
  5. Kukuskan selama 20 minit. Tutup api dan sejukkan. 
  6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

Leave a comment